Tuesday, January 9, 2018

BERTUKAR TEMPAT IMAM DI MASJID NABAWI ?

BERTUKAR TEMPAT IMAM DI MASJID NABAWI ?

Tidak dinafikan kelebihan solat di Masjid Nabawi , ganjarannya 1000 pahala solat sepertimana tersebut dalam hadis sahih . Namun , adakah kalian tahu dalam masjid nabawi mempunyai beberapa mihrab (tempat imam solat) .
Nah , ini dia beberapa mihrab Masjid Nabawi :

1- Mihrab Nabi , yang berada di dalam Raudhah , seperti dalam gambar .

2- Mihrab Utsman , terletak di dinding arah kiblat masjid (tempat sekarang)

3- Mihrab Sulaiman  , terkenal juga sebagai mihrab al-hanafi ,disebelah barat mimbar.

4- Mihrab Fathimiyah , terletak di selatan mihrab tahajud dalam Al- Maqshurah.

5- Mihrab syekh Al-Haram , terletak dibelakang Dakkah Al-Aghwat, dibangun ketika perluasan masjid pada masa sultan Abdul Majid .

Dan kini , BERMULA ZOHOR PADA HARI INI
(20 Rabbiulakhir 1439 H bersamaan 7 Januari 2018)

Akan bertukar kembali pengunnaan MIHRAB NABAWI iaitu terletak di dalam Raudhah. Setelah sekian lama , menggunakkan Mihrab Utsman dan ianya diumum oleh pihak pengurusan Masjid Nabawi sendiri.

Katanya , untuk kemudahan pada jemaah umrah untuk menziarah makam Rasullulah nanti .