Sunday, December 3, 2017

CONTOH SURAT RAYUAN PENEMPATAN HAJI BAGI TAHUN 1439 H/ 2018M

Contoh surat rayuan Haji supaya mendatangkan manfaat kepada rakan-rakan yang memerlukan.
PENTING: Jika ingin memohon untuk ibubapa yang sudah berusia, pastikan faktor USIA ditulis sebagai sebab utama
CONTOH
-------------------------------------
Nama Suami & No Akaun Tabung Haji
Nama Isteri & No Akaun Tabung Haji
Alamat
No. Tel: (penting untuk dihubungi)

xx Disember 2017

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji
Lantai 30,
Banguan Ibu Pejabat TH,
No 201, Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR

Tuan,

RAYUAN PENEMPATAN HAJI BAGI TAHUN 1439 H/ 2018M

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

Untuk makluman tuan, kami telah membuat pendaftaran haji di Tabung Haji Cawangan XXXX pada tahun 2009 dan disenaraikan untuk ke sana pada tahun 2029 M. Justeru itu, kami memohon dan merayu jasa baik pihak Tuan untuk memperoleh penempatan ibadah haji pada tahun 1439H/2018 berdasarkan perkara berikut :
1.Kesihatan kami yang baik pada masa sekarang memberikan keyakinan untuk mengerjakan ibadah haji dengan sempurna berbanding ketidaktentuan keadaan kesihatan di masa akan datang.
2. Kami diberikan pelepasan oleh majikan untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Kebiasaannya, tugasan kerjaya membataskan peluang kami bercuti panjang
3. Anak-anak sudah bersekolah dan tidak ada yang mengambil peperiksaan besar pada tahun ini.
4. Kami sudah mengikuti Kursus Asas Haji di Masjid XXXX
5. Akaun Tabung Haji sudah mencukupi untuk mengerjakan Haji

Besarlah harapan kami sekiranya rayuan ini dipertimbangkan dan diberi peluang mengerjakan Rukun Islam ke 5 pada tahun ini.

Kerjasama dan maklum balas dari pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

..................... ......................................
Nama Suami Nama Isteri
No Kad Pengenalan: No Kad Pengenalan

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi
Tabung Haji Contact Center : 03-62071919
Email : th-info@lth.gov.my

No comments:

Post a Comment