Tuesday, December 5, 2017

Travelog Umrah Bersama Tabung Haji Travel : Hari Keenam

09.12.2015 - Hari Rabu - Hari Keenam
3.00 pagi - Bersiap untuk pergi solat subuh. Kalau sampai awa di masjid, macam-macam boleh buat. Solat tahaujd, taubat,  hajat, witir, berzikir dsb. Kalau dah malas sangat, Saja-saja tengok Kaabah pun boleh dapat 20 Rahmat Allah. Sebab tu kena datang awal.
5.26 pagi - Azan Subuh. Alhamdulillah, Lepas solat jenazah dapat cium Hajar Aswad.
7.00 pagi - Balik ke hotel untuk sarapan pagi dan bersiap-siap mandi sunat ihram.
7.52 pagi - Lawatan ke Jabal Tsur, Arafah, Jabal Rahmah, Mina & Seterusnya bermiqat di Jaaranah Umrah kedua.
8.30 pagi - Singgah di Jabal Tsur tempat Nabi Muhammad S.A.W dan Abu Bakar bersembunyi sewaktu hendak "Hijrah".




9.30 pagi - Group kami berdoa beramai-ramai di kaki Jabal Rahmah. Kami meluangkan masa untuk naik ke puncak Jabal Rahmah.




 10.10 pagi - Perjalanan seterusnya melalui kawasan Mudzalifah dan Mina.
Tempat Nabi Allah Ibrahim menyembelih anaknya Ismail yang digantkan Allah Taala dengan seekor kibas


10.40 pagi - Sampai di Masjid Jaaranah - Tempat Miqat.
11:17 pagi - Bertolak dari Jaaranah setelah selesai Solat sunat Ihram dan berniat Umrah yang kedua disini.
11:29 pagi - Jemaah ditunjukkan Jabal Nur tempat dimana turun Wahyu yang pertama.
12:13 tghari - Masuk Waktu Zohor. Lepas solat jenazah terus buat tawaf umrah & saie. Lepas tahalul sempat lagi balik ke hotel untuk makan tengahari kerana makanan disediakan dari pukul 12.00 tengahari sehingga pukul 3.30 petang.

No comments:

Post a Comment