Tuesday, December 5, 2017

Travelog Umrah Bersama Tabung Haji Travel : Hari Kesembilan

12.12.2015 - Hari Sabtu - Hari Kesembilan
1.00 pagi - Keluar ke Tanaim untuk buat umrah kelima sebelum subuh. Pukul 4 pagi dah tahalul. Menarik jugak buat umrah waktu malam ni dengan cuaca yang sejuk. Kawasan Hajar Aswad telah ditutup untuk kerja penukaran marble Sharzawan.
Kebanyakkan jalan jalan telah dipasang dengan lampu perhiasan jalan.


8.30 pagi - Taklimat tawaf wada dibuat kat SR Leval. Antara kandungan taklimat :

Umul qurà - ibu sagala kaum / Perbaiki ibadah kità / Teruskan ibadah kita dimasjid ditempat kita / Siapakah saya - nak buat apa2 buat solat hajat dulu / Kekalkan semangat roh makkah madinah dalam diri kita / Balik dengan ahlak baik. Solat kita, alquraan kita.
- Umrah pertama wajib /  Tiba waktu solat, jgn langgar. Berhenti, nti Allah permudahkan urusan kita.
 
- Hari Ahad nanti  pukul 7.00 pagi turunkan beg besar di lobi hotel / buat  tawaf wada
- 8.30 pagi berkumpul di lobi hotel
- 9.00 pagi bas akan bergerak ke Jeddah untuk shopping di  AlBalad Corniche Jeddah utk Untuk penerbangan series
- Akan singgah di Hotel Grand Saha untuk makan tengahari nasi mandi laham solat zohor &;asar.
- 3.20 bertolak je airport /  4.20 di airport jeddah. ambil troli 3 rial.
- Ambil tag nama beg / Max 1 bag 23 kilo /  1 beg lagi 7 kilo / - Tulis no bas ditag / lebih 1-5 kilo kena SR175.00
- Hantar air zamzam ke kaunter 26 / Satu satunya petugas yg boleh berada diairport hanya tabung haji travel.
- Kul 10 malam penerbangan balik / Solat subuh hormat waktu / Sampai airport Klia terus qada solat subuh
- Cara tawaf wada ms 130 ikut buku panduan umrah / Hukumnyà wajib /  Wajib niat tawaf wada
- Sunat membawa hadiah untuk orang yg di tinggalkan.
- Boleh buat solat sunat tawaf sahaja / Pegàng kaabah / Pegang hijir ismail / Cium hajar aswad
- Boleh beli barangan keperluan perjalanan sahaja.
- 12 perkàra boleh dilakukan / 8 perkara x boleh buat / Tak boleh menunggu rakan @ keluarga / tak boleh baring2 dalam bilik
- Laser hijau tanda awal bulan
 
Untuk Jemaah wanita yang uzur dan tak boleh buat tawaf wida, boleh pergi ke Pintu 79 boleh nampak Bangunan Kaabah.


Selepas taklimat kami bersiap-siap untuk pergi buat Umrah yang keenam,
10.30 pagi - Pergi Miqat di Tanah Halal yang paling dekat iaitu di Masjid Aisyah  Tanaim sebelum zohor.


4.00 ptg -  Selepas solat Asar, kami pergi Miqat di Tanaim untuk Umrah ketujuh.
5.30 ptg - Jalan agak jem dan kami sampai semula ke Masjidil Haram agak lewat & tak boleh masuk ke dalam masjid. Kami diarahkan untuk masuk bahagian Basement berhampiran pintu King Fahd untuk solat maghrib.
5.40 ptg - Masuk waktu solat maghrib. Selepas solat jenazah dapat masuk ke dataran Kaabah untuk Tawaf dan seterusnya saie. Sebelum isyak kami sudah bertahalul. Semasa saie, bila kaki terasa sakit, kami ambil air zamzam yang sejuk untuk membasuh kaki, Alhamdulillah, serta merta kesakitan kaki kami hilang.

Hari yang penuh bermakna. Mana taknya, Sepanjang waktu hari ni kami rakan sebilik sentiasa memakai Ihram. Dari Subuh hingga ke Isyak.

Selepas Asar kasut hilang. Beli baru, Selepas Isyak kasut hilang lagi. Baru sekali pakai. Padahal sepanjang masa berada disini saya sentiasa meletakkan kasut ditempat yang SAMA iaitu di rak kasut no 4 atau disebelahnya no 44.
Rasa jemaah lain tersalah ambil - maafkan dia (bersangka baik)(redho je la)

Kalau anda perhatikan, plastik kasut yang disediakan akan bertukar warna setiap hari, ada hitam, biru, kuning, hijau, kelabu  ikut hari-hari tertentu. Rasanya kalau kasut tu dah lama x diambil, pekerja masjid akan "Selamatkan" sebab rak kasut ni pun selalu dibersihkan. Pekerja tengok plastik je dah tahu kasut ni dah lama kat sini.  Mungkin ada jemaah yg lupa no rak kasutnya, tadi letak tempat lain, masa nak balik carik kat tempat lain sbb dalam ruangan masjid, arrangmentnya semua nampak sama je.
Sebab tu kena ingat no rak kasut.

Semasa keluar dari Masjidil Haram selepas  solat Isyak, saya membeli kasut di kaki lima selepas kawasan Dataran Masjidil Haram. Selepas beredar dari tempat beli kasut saya ternampak jemaah wanita berbaju hitam serta purdah hitam tiba-tiba jatuh dan terbaring sebelum masuk ke dataran Masjidil Haram. Anggaran dalam 10 kaki sebelum memasuki kawasan  Dataran Masjidil Haram. Kejadian berlaku di depan kedai  yg ada tulisan "We Serve Food for Poor People by Your Order".  Saya tunggu jugak dalam 5 minit memerhatikan apa yang berlaku. Perempuan tu dah duduk sambil nangis-nangis, dan kawan dia bagi air untuk minum. The way dia cakap seolah-olah dia tak nak masuk ke kawasan Dataran Masjidil Haram. Tak tahu kenapa ? Saya pun terus jalan balik sebab nak berkemas-kemas memandangkan esok kami dah nak berangkat  pulang.

Malam ni dari Dataran Kaabah kami dapat tengok Lampu Laser dari Menara Jam Besar menandakan pertukaran Bulan Islam.

No comments:

Post a Comment