Tuesday, December 5, 2017

Travelog Umrah Bersama Tabung Haji Travel : Hari Keempat

07.12.2015 - Hari Isnin - Hari Keempat
Setelah beberapa hari mencuba, aku masih belum dapat lagi solat di saf yang pertama, biasanya dapat saf yang kedua atau ketiga. Pagi ini dengan bersungguh-sungguh memandangkan hari ini hari terakhir kami berada di Madinah.

3.00 pagi - Ziarah Makam Rasulallah, Alhamdulilah nampak ada lagi tempat kosong di saf pertama dalam jarak 10 orang dari tempat imam. Tanpa melepaskan peluang, hajat untuk ke Raudah terpaksa dilepaskan demi untuk merebut saf pertama buat kali yang pertama. Akhirnya aku berjaya walaupun dalam kesejukan yang amat sangat. Masa Solat Sunat Subuh terasa badan mengigil-gigil sehinggakan tok arab kat sebelah pegang bahu kananku selepas solat. Difahamkan cuaca pagi itu serendah 4 darjah celcius, Aku hanya memakai stokin, seluar singkat, singlet & jubah sahaja. Selesai solat jenazah aku bergegas keluar untuk memanaskan badan.
 
8.00 pagi - Dengan ada masa yang terluang kami beramai-ramai ke Masjid Nabawi untuk solat Duha.
10.00 pagi - Keluar dari masjid, kami melawat PAMERAN. Banyak perkara yang boleh dilihat. 
Rekabentuk asal Masjid Nabawi, Rumah Nabi, Video2 ++++

Lokasi Pameran dan Jadual Waktu Pameran


Perbandingan size bumi dan matahari 300x ganda. Matahari yang paling kiri sekali jika dibandingkan dengan alam ini.


Pameran Rupabentuk planet-planet.


Pameran kejadian manusia telah disebutkan di dalam AlQuraan.


Pameran Seni Khat


Pokok yang terbesar dan tertinggi di dunia. Tinggi 115.0 meter. Diameter 7.90meter. Dipangkal pokok warna merah size manusia.




 Rekabentuk persekitaran Masjid Nabawi sebelum pembesaran


Banyak lagi gambar yang boleh diletakkan di page ini. Tetapi adalah lebih Afdal untuk para jemaah masuk kedalam ruang pameran untuk melihat dan merasai sendiri.

11.00 pagi - Para jemaah dikehendaki untuk makan awal sebab lepas solat zohor dah nak bertolak ke Makkah.


11.30 pagi - Pergi ke Masjid Nabawi untuk solat zohor dan asar jamak takdim.
1.00 ptg -Selepas zohor terus ziarah wida'.

DOA ZIARAH WIDA'
Maksudnya : 
"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan ziarahku ke tempat mulia ini sebagai kali terakhir. Kurniakan bagiku kepadanya ziarah untuk kesekalian kalinya dalam kebajikan, kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan. Jika aku mampu, Insya Allah aku datang lagi. Jika aku mati, kutitipkan pada sisiMu syahadah (kesaksianku, amanahku, perjanjianku, timbanganku) pada hari itu untuk kiamat. Dengan ini kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Tiada sekutu bagiNya. Dan kesaksian bahawa Muhammad itu hambaNya lagi utusanNya. Maha suci Tuhan yang mulia daripada apa-apa yang mereka sifatkan. Salam untuk sekalian utusan (Rasul-rasul) dan segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

3.00 ptg - Beg semua sudah diturun dilobi hotel.
4.00 ptg - Bergerak dari hotel ke Masjid Bir Ali untuk Miqat & Niat Umrah.
Jemaah wanita perlu Niat IHRAM BERSYARAT. Niat bersyarat ini terbahagi kepada 2
1. Sebelum datang Haid - Sekiranya TERHALANG
2. Telah datang Haid - Sekiranya BERTERUSAN
Tersilap niat pun boleh kena dam seekor kambing.




Perjalanan ke Makkah mengambil masa kira-kira 6-7 jam termasuk berhenti solat/rehat. Masa ni, semua jemaah sudah berpakaian ihram dan mesti mula Menjaga 13 Pantang Larang Semasa Dalam Ihram sehingga habis mengerjakan umrah.

8.30 mlm - Berhenti di kawasan perhentian untuk Solat Jamak/Qasar Maghrib dan Isyak.
Untuk perhatian para jemaah. Dalam bermusafir ini, Anda kena biasakan diri untuk Solat Jamak/Qasar bila diperlukan.
Wajib Tahu bukan baru nak ambil tahu. Sebabnya ada juga jemaah yang bertanya tentang perkara-perkara asas. Akhirnya ada yang menyatakan apa ustaz buat dia akan buat. Sedangkan semasa masuk waktu maghrib tadi tidak berniat untuk jamak takhir.

11.10 mlm - Sampai di Hotel Al Reyadah Hijrah

 



Kami disambut oleh petugas Tabung Haji Travel & Petugas Hotel. Setelah mendapat kunci bilik, kami semua meletakan barangan di bilik. Pastikan anda telah mengambil kad hotel.

Perkara pertama yang saya buat adalah mengambil gambar aturcara sepanjang masa group kami disini






Semua Notis Makluman ini ditampalkan di Lobby Hotel. Pastikan anda mengambil gambar Group yang betul mengikut MH / Siri / Tarikh Penerbangan sebab ada banyak lagi Notis makluman untuk group yang lain. Nampak serupa tapi tak sama. Ianya untuk memastikan anda tidak tertinggal aturcara yang dijalankan untuk group anda.

11.30 mlm - Makan lewat malam di cafeteria hotel.



No comments:

Post a Comment