Tuesday, December 5, 2017

Travelog Umrah Bersama Tabung Haji Travel : Hari Ketiga

06.12.2015 - Hari Ahad - Hari Ketiga
3.30 pagi - Pergi solat subuh sebelum azan yang pertama, masih lagi gagal untuk mendapat saf yang pertama.

7.30 pagi - Lawatan pertama pagi ini ke Masjid Quba. Ambil wuduk dihotel dan solat sunat 2 rakaat di sini dapat pahala 1 Umrah


9.30 pagi - Lawatan seterusnya ke Jabal Uhud yang menganjur sepanjang 6 km. Yang rendah Jabal Rumat tempat askar berpanah.


10.00 pagi - Lawatan ke Ladang kurma.


11.00 pagi - Lawatan ke Mushaf AlQuraan. (Kilang mencetak Alquraan). Jemaah wanita tidak dibenarkan masuk. Para jemaah dikehendaki membayar SR5.00 seorang kerana lawatan kesini tiada dalam jadual. Bayaran dibuat kepada pemandu Bas Muassasah.  Alhamdulilah dapat senaskhah Alquran secara percuma. AlQuraan Cetakkan size kecil, sedang dan besar boleh dibeli dikedai yang terdapat di pintu masuk Mushaf AlQuraan


11.30 pagi - Lawatan berangkat pulang dengan melalui Masjid Qiblatain. Lalu je. x singgah.


Pasar kurma pun x sempat nak singgah kerana kesuntukkan masa untuk bersolat jemaah Zohor di Masjid Nabawi. Kelewatan berlaku kerana ada para jemaah mengambil masa yang agak lama bila berhenti disesuatu tempat. Keutamaan kita untuk rebutkan 1000 pahala solat berjemaah. Setakat nak beli kurma & coklat2, kedai-kedai kat bawah hotel pun ada jual.

4.00 ptg - Taklimat Keberangkatan Ke Makkah
Antara kandungan taklimat :
- Tabung Haji Travel menjadi teman & rakan mencari Keredhaan Allah /  Pintu farah . Tidak akan masuk kecuali membahagiakan keluarga /  Berdoa untuk keluarga /  Doa nabi ibrahim. Jadikan aku orang yang mendirikan solat dan keluarga aku juga orang yang mendirikan solat / Mintak qurrata a'yun - matà jadi sejuk hati sejuk bila lihat keluarga / Jangan lalai dgn harta benda sehingga lalai dengan Allah / Tema untuk bulan Disember 2015 ini ialah Keluarga Bahagia /
1. Pelihara dari api neraka - Àyat 6 surah tahrim
2. Sebelum tidur doakan keluarga.
3. Solat berjemaah
4. Sentuhan pada anak. Anak cium kàt kepala / ada 6 riwat imam tarmizi
- Dijadualkan akan Bertolak dari hotel jam 2.00 petang / Bermiqat di Bir ali
- Dijadualkan berhenti rehat di wadi khudaib untuk solat jamak/qasar maghrib dan isyak.
- Ziarah wada boleh buat lepas zohor. Bagi salam & berdoa.
- 9.00 pagi turunkan beg /  Tulis nama dgn jelas Mh150 siri 17 / Tulis no bas 1 / Nama ustaz & tarikh pakej
- Makan tengahari kul 11 / Mandi sunat ihram siap2.
- Guru Agama TH kata boleh Solat sunat ihram di masjid nabawi 1000x pahala / Mutawwif kata di Bir Ali ikut Sunnah Nabi.
- Buat jamak takdim zohor 4 rakaat ikut imam, asar 2 rakaat jamak qasar.

- Lepas balik dari masjid terus siap2 naik bas sbb bas nak gerak kul 2.00
- Niat ihram perempuan kena bersyarat / Jaga pantang larang ihram / Haid satu ketentuan maka terimalah dari Allah
- Ambil berat ttg hukum hakam antara kita dengan Allah / Doakan orang lain..


5.00 ptg - Macam biasa kalau masuk ke Masjid Nabawi lewat, sudah pasti tidak akan mendapat saf yang dihadapan.
9.00 mlm - Selepas isyak sempat shopping di Souq AlSaha sorang2 je. Yang lain dah shopping awal. Dalam Souq AlSaha ni ada banyak kedai-kedai. Kira kalau kat Malaysia ni macam bazar. Dari luar tak nampak sangat sebab ianya dalam bangunan. Bila dah masuk dalam, macam macam ada. Harga pun boleh tahan murah jika dibandingkan dengan kedai-kedai yang kat luar.







No comments:

Post a Comment