Tuesday, December 5, 2017

Travelog Umrah Bersama Tabung Haji Travel : Hari Kedua

05.12.2015 - Hari Sabtu - Hari Kedua
1.20 pagi - Perjalanan kami disini bermula. Perjalanan dari Terminal Haji di Jeddah menuju ke Madinah AlMunawarah.
3.20 pagi - Berhenti minum di R&R & untuk ketandas kira-kira 1/2 jam. Ada jemaah yang makan bekalan yang disediakan disini.
5.45 pagi - Berhenti lagi untuk solat subuh, Dalam bas, aircond tak dipasang jadi rasa x sejuk sangat, Bila keluar je dari bas, Cuaca tersangatlah sejuk, Rasanya kiri-kira 15 darjah celcius seperti dalam jadual. Lebih kurang sesejuk chiller peti ais di rumah kita. Perhentian kami untuk solat subuh ini lebih kurang 109 km lagi sebelum sampai ke Madinah AlMunawarah.


7.50 pagi - Kami semua sampai ke Hotel Mawaddah Al Safwa iaitu lebih kurang 12.50 tengahari waktu Malaysia. Perjalanan dari Malaysia sehingga ke Hotel ini mengambil masa lebih dari 24 Jam. Alhamdulilah Hotel kami selesa sangat dekat dengan Masjid Nabawi. Jaraknya lebih kurang 50 meter sahaja. Dari Hotel dah boleh nampak deretan payung-payung di Masjid Nabawi ini.

Kehadiran kami disambut oleh Petugas Tabung Haji Travel berserta petugas hotel telah siap sedia menunggu kami untuk menguruskan beg-beg bagasi kami. Pembahagian kunci bilik hotel juga terus dilakukan.
Pastikan setiap jemaah mengambil Kad Hotel. Ianya amat diperlukan sekiranya anda tersesat.




8.15 pagi - Kami mula naik ke bilik hotel untuk meletakkan beg-beg yang dibawa.


8.25 pagi - Kami semua turun ke cafeteria di G Floor untuk bersarapan pagi. Makanan semua OK.
Peringatan - Anda Perlu tahu Jadual Lawatan, Jadual Makan & Jadual Waktu Solat setiap masa.
Saya tak kisah sangat jadual makan. Kalau makan habis, pergi je kedai arab yang jual kebab 2-3 riyal. Matlamat dan tujuan kita datang kesini adalah untuk beribadah. Kalau setakat nak makan2, kat malaysia lagi banyak pilihan ikut selera kita..

11.00 pagi - Kami mula turun ke lobi hotel untuk pergi ke Masjid Nabawi dengan satu semangat untuk beribadah. Sebelum keluar, saya sempat snap gambar senarai nombor telefon petugas-petugas Tabung Haji Travel sebagai persediaan awal sekiranya berlaku sebarang masalah.


Saya juga mengambil gambar view dari depan hotel kearah Masjid Nabawi. Kenapa ?  Ada Sebabnya, Nanti saya ceritakan...

Kami menuju ke pintu utama King Fahd untuk memudahkan para jemaah yang kali pertama datang untuk mengingatinya apabila keluar dari Masjid Nabawi ini nanti.


Memandangkan kami telah memasuki melalui Pintu King Fahd, Perjalanan ke saf yang dihadapan akan melalui kawasan Raudah yang terletak di sebelah kiri. Kami berkesempatan untuk singgah di Raudah untuk solat sunat terlebih dahulu.

Tempat di antara Kuburku dan Mimbarku (Raudah) adalah salah satu taman daripada taman syurga.
Hadis riwayat Ahmad, Nasaie, Baihaqi dan Tabarani.
 

Raudah ini berkeluasan 6 x 6 tiang. Di kawasan ini Karpetnya berwarna HIJAU. 
Terdapat 3 struktur dikawasan ini iaitu
1. Mimbar Nabi.
2. Mihrab.
3. Tempat azan. - Dibawah tempat azan ini adalah sempadan untuk tirai bagi kaum wanita.

Pelbagai Option telah dibuat oleh Pihak Berkuasa Arab Saudi untuk Jemaah Wanita. Option yang ke 3 dipilih. (Arrow biru arah masuk & keluar) Kawasan Raudah bagi lelaki berwarna hijau tua manakala kawasan Raudah bagi wanita berwarna hijau muda.


Waktu lawatan ke Raudah 
- Bagi lelaki sepanjang masa tetapi masa adalah terhad. Sebaik sahaja selesai solat sunat 2 rakaat, Sekiranya anda menadah tangan untuk berdoa, anda akan ditarik keluar oleh polis-polis yang menjaga bagi membolehkan jemaah lain Solat pula. Pandai-pandai le nak berdoa disini.

- Waktu Lawatan Bagi wanita hanya : 
1. Selepas Zohor sehingga sebelum Asar.
2. Selepas Isyak sehingga Subuh.
3. Selepas Subuh pada puku 6.00am sehinggga Zohor.

Jemaah Wanita Dilarang membawa talipon yang ada kamera kedalam kawasan Masjid. 
Setiap kali masuk masjid, beg anda akan dperiksa.

Raudah ni sebuah kawasan yang mempunyai banyak tiang-tiang dan mimbar, tetapi sesiapa yang dapat masuk kedalamnya pasti akan berasa ‘sesuatu’ yang ‘luar biasa’. Kita akan tiba-tiba berasa teruja, tiba-tiba berasa insaf yang amat sangat, khusyuk dalam berdoa dan segala macam perasaan yang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata. Kita, secara tetiba-tiba boleh meremang bola roma merasai "nikmat" memasuki Raudah. Berdoa sambil dilinangi air mata.

Kami seterusnya menziarahi Makam Rasulallah S.A.W & sahabat2 baginda. Selepas mengucapkan "salam" serta menyampaikan "salam" yang dikirim oleh kawan-kawan. 
Dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah SAW telah bersabda 
"Sesiapa yang menziarah kuburku, Wajib ke atasnya Syafaatkku" Hadis riwayat ad-Daruqutni.

"Sesiapa yang menziarahiku sesudahku mati (kuburku), maka seolah-olah dia menziarahiku semasa aku masih hidup"

Hadis riwayat ad-Daruqutni dan al-Baihaqi.

Jangan kita lupa, Untuk mendapat Syafaat Nabi di akhirat nanti - Memuliakan Rasulallah dengan memperbanyakkan Selawat. Jadikan Zikir Hairan.

Kelebihan Solat di Saf Hadapan
Selepas ziarah makam Rasulallah, Kelihatan masih ada ruang untuk kami bersolat zohor di saf yang keempat di hadapan Makam. Tanpa berlengah kami pun menunggu disitu sehingga Azan Zohor berkumandang. Alhamdulilah, kali ini pertama kali masuk, dapat solat di saf yang agak hadapan dan dapat solat jenazah di saf yang pertama. Tahukah kita bahawa beruntungnya jika kita bersolat di saf paling hadapan kerana kita akan didoakan oleh malaikat dan mendapat ganjaran pahala besar di sisi Allah SWT.
 

Rasulullah SAW ada berpesan kepada kita semua:
Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat berselawat kepada orang yang berada di saf yang pertama (Hadis riwayat Ibnu Hibban).
Inilah bukti anjuran Islam dalam menggalakkan umat agar berebut untuk menunaikan solat di saf yang pertama.

Kemudian Rasulullah SAW juga mengatakan bahawa jika manusia mengetahui fadilat bersolat di saf hadapan, nescaya mereka berebut-rebut untuk mendapatkan tempat.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saf pertama,  kemudian untuk mendapatkan itu mereka harus mengundi, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya. (Hadis riwayat Bukhari).
 

Bagaimana nak dapat saf yang dihadapan ?
Jawapannya datang awal.
Saya dah datang awal, tetapi dah ada orang di saf hadapan ?
Jawapannya kena datang lebih awal dari orang yang datang awal.
Panjang Masjid Nabawi ni kira kira 800 meter dan ada lebih dari 300 saf. Sekiranya berpeluang rebutlah peluang untuk bersolatlah di saf hadapan sesungguhnya solat di saf hadapan ada kelebihannya.

Sebelum keluar dari masjid sempat snap gambar jadual waktu solat yang terletak dibahagian sebelah dalam pintu King Fahd.


1.30 ptg - Selepas solat zohor, balik ke hotel untuk makan tengahhari dengan menbawa kasut sahabat yang "hilang".

2.15 ptg - Kami telah siap sedia untuk ke Masjid Nabawi untuk Solat Asar. Kali ini mengikut sunnah dengan memasuki ikut pintu Babussalam. Alhamdulilah dapat saf yang kedua. Matlamat kami untuk saf pertama masih belum tercapai. Selepas solat jenazah kami bergegas balik ke hotel untuk mendengar taklimat tentang aturcara lawatan-lawatan sepanjang masa berada di Madinah.

Pintu Babussalam ini disebelah kanan yang paling hadapan sekali jika kita menghadap arah Kiblat. Pintu ni untuk jemaah lelaki.


4.15 ptg - Taklimat untuk memaklumkan jadual-jadual lawatan sepanjang waktu kita berasa di Madinah.
Ambil gambar siap-siap supaya senang memahami apa yang disampaikan semasa taklimat.



Antara kandungan taklimat :
- Solat 1000 x ganda pahala / Islam bermula di madinah / 13 tahun di mekah x ramai orang masuk islam.
- Ahli suffah belajar di kota madinah / Nabi mula bina masjid ditanah anak yatim yg dibeli yg asalnya kawasan jemur kurma.
- Tanah haram Madinah diantara bukit ayr & bukit uhud sepanjang 6 km / Jangan buat jahat nati semua amalan x diterima
- Madinah kota yang terlalu panas kalau musim panas dan terlalu sejuk kalau musim sejuk.
- Nabi bersabda "Sesiapa daripada umatku yang sabar menanggung kesusuhan Madinah, aku akan memberikan Syafaat kepadanya di hari kiamat dan aku menjadi saksi kepadanya
- Bukan sbb kaya kita sampai mekah madinah / - Siapa2 yg dtang ziarah wajib dapat syafaat nabi. Malaikat akan berdoa untuk kembalikan duit yg dikeluarkan /  Datang selalu ziarah Rasulallah & raudah /  Ziarah baqi, anak nabi fatimah, othman affan / Malam ini ziarah dalaman /  Esok ziarah quba, uhud, qiblatain ++ / 4 hari nabi tinggal di quba & bina masjid  / Solat pertama kiblat ke aqsa
- Masjid 7 di bina oleh salman alfarisi  / Minum susu unta cuci darah /  Waqaf quraan cetakkan madinah sahàja. Tulis nama pada quraan / Biasakan diri dengan umrah & ziarah utk memudahkan urushan haji / Sujud syukur bila sampai madinah
- Card hotel & tanda nama jangan tinggal /  Ustaz Hairul wakaf & aqiqah. Nti THT tolong uruskan / Program rujuk board kat bawah.
- Makan ikut time. Lewat nti diaorang nak kemas / Cerita2 tentang tiang2 dalam raudah / Baca doa semua anak isteri keluarga.
 

9.00 mlm - Lawatan rasmi Ziarah Makam Rasulallah & Raudah bersama Mutawwif Ustaz Ahmad Nazri


Disebelah kanan bangunan Masjid Nabawi terdapat 2 ruangan pameran yang boleh dikunjungi.
Ianya dibuka pukul 9.00 pagi - 2.00 ptg dan 4.00 ptg - 9.00 mlm.
Apa ada di dalamnya nanti saya ceritakan.

No comments:

Post a Comment