Thursday, December 7, 2017

Tips Tempat-Tempat Mustajab Untuk Berdoa

Tips Tempat-Tempat Mustajab Untuk Berdoa

Multazam adalah suatu ruang dengan keluasan sepanjang kira-kira 1.8 meter yang terletak di antara Hajar Aswad dan Pintu Kaabah. 


Multazam merupakan salah satu tempat yang dimana doa seseorang itu diangkat, dikabulkan dan diterima oleh Allah (mustajab doa). Justeru, adalah sunat berdoa di Multazam dengan meletakkan atau menempakan pipi, dada, lengan tangan dan kedua tapak tangan padanya (Multazam) kerana begitulah cara yang dibuat oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W seraya berdoa kepada Allah. Berdoa di Multazam Jika ada kelapangan selepas tawaf, ambil masa untuk ke Multazam.

Rasulullah SAW bersabda: "Antara Rukun Hajar Aswad dan Pintu Ka'bah, yang disebut Multazam. Tidak seorangpun hamba Allah yang berdoa di tempat ini tanpa terkabul permintaannya

Masa yang mustajab untuk berdoa di Multazam ini ialah setelah pertengahan malam hingga azan Subuh. Di Masjidil Haram azan dikumandangkan sebanyak dua kali. Kali pertama untuk membangunkan penduduk untuk solat malam. Azan kali kedua ialah menandakan masuk waktu subuh. Maka rebutlah peluang untuk berdoa di Multazam pada saat ini. 

Apakah doa yang paling baik untuk dipohon di sini ?
Mohon kepada Allah perlindungan daripada azab api neraka.

Cara berdoa: 
Letakkan kedua-dua tapak tangan, pipi kanan, dan dada kiri ke dinding kaabah. Kemudian berdoa.

Doa ketika berada di Al-Multazam
Ertinya:
Ya Allah Tuhan yang punya rumah yang unggul lni, merdekakanlah kami, Ibu bapa kami, saudara-saudara dan anak-anak kami dari api neraka. Ya Allah yang mempunyai kemurahan kurnia dan pemberian ihsan perbaikilah kesudahan perkara kami dan selamatkanlah kami dari malu di dunia dan azab di akhirat. Ya Allah sesungguhnya aku hamba-Mu berdiri di pintu rahmat-Mu, aku bermohon kepada-Mu agar Engkau muliakan namaku, ringankan bebanku, perbaiki urusanku sucikan hatiku, terangi kuburku, ampunilah dosaku dan aku bermohan dapat tempat yang tinggi dalam syurga".

No comments:

Post a Comment