Tuesday, December 5, 2017

Travelog Umrah Bersama Tabung Haji Travel : Hari Kelapan

11.12.2015 - Hari Jumaat - Hari Kelapan
Hari jumaat kena datang lebih awal dari hari biasa sebab jemaah arab tempatan ramai.
Alhamdulillah, Rezeki pagi  ini dapat cium Hajar Aswad  lagi selepas solat jenazah semasa jemaah tengah ramai.

8.30 pagi - Ada lawatan dalaman ke persekitaran Masjidil Haram, Antara tempat yang dilawat ialah tapak rumah kelahiran Rasulallah S.A.W. yang kini telah dijadikan maktabah (perpustakaan) Kawasan ini dahulunya hendak dibangunkan tetapi mendapat bantahan seorang ulamak.


7.20 pagi  - Kami rakan sebilik & beberapa jemaah termasuk mak dan akak tidak mengikut lawatan ini. Kami pergi buat umrah yang  keempat. Oleh kerana ramai, kami naik innova lagupun nak bawa wheelchair mak sekali. Anggaran kami dalam pukul 9.30 boleh selesai. Sampai-sampai tempat tawaf dah terasa jemaah ramai pagi ni. Selesai je tawaf, kami cepat-cepat pergi buat saie. Kami selesai dalam pukul 9.45 pag tapi jalan masuk ke Dataran Kaabah semuanya telah ditutup sekitar 9.20 pagi. Masa tu saie kami baru pusingan yang kelima. Maka terperangkap kami dalam tempat saie basement. Nak masuk ke Dataran Kaabah tak boleh, Yang boleh keluar sahaja ke dataran berhampiran Istana. Tapi kalau dah keluar, nanti tak boleh masuk semula.

Ruangan saie basement semangkin ramai orang kerana dari Dataran Kaabah,  jemaah yang selesai tawaf masih dibenarkan untuk buat saie. Biasanya tutup sekitar pukul 10.00. Kami jangkakan sempat selesai, rupanya hari ni tutup awal la pulak.

9.45 pagi - Gambar ni sempat diambil di tempat Saie  basemant (Marwa) selepas tahalul.


Kami pun mencari ruang untuk Solat Jumaat yang paling dekat dengan Kaabah. Caranya tengok garisan saf.  Yang paling banyak garisan saf melengkung, itulah tempat yang paling dekat. Tempat yang kami pilih di sepatutnya boleh nampak sebahagian struktur Bangunan Kaabah tapi ada hoarding construction yang melindungi permandangan kami.

11.59 pagi - Azan berkumandang 15 minit sebelum masuk waktu solat.
12.14 tghari - Masuk je waktu Solat Jumaat, Khatib terus bagi salam dan bilal Azan yang kedua dan terus khutbah.
Setelah masuk saf sejurus sebelum Solat Jumaat saya ada snap 2 gambar di saie basemant ni tapi gambar tu x ada. frust la jugak
Selepas solat jumaat kami masuk ke dalam kawasan tawaf bertingkat di tingkat 2 untuk keluar semula disebelah pintu King Fahd. Dalam bangunan tak boleh lalu sebab ada construction di kawasan Pintu King Abdul Aziz. Balik semula ke hotel untuk makan tengahari dan tukar pakaian.

3.00 ptg - Pergi semula ke Masjidil Haram untuk Soat Asar. Dah tersangat lewat ni sebab  waktu Asar masuk pukul 3.19  ptg. Seperti yang dijangka, walaupun sebelum azan, Bangunan Masjidil Haram sudah tidak boleh dimasuki. Kami mengambil keputusan naik keatas dan mengambil tempat untuk solat Asar. Ruangannya luas tetapi tidak nampak struktur Kaabah kerana terlindung hoarding construction.

3.19 ptg - Masuk waktu Asar. Dapat solat di tingkat 1 je. Lepas solat jenazah, berehat sebentar sambil dengan kuliah pengajian.


 4.00 ptg - Turun dari tingkat 1 dan masuk ke Dataran Kaabah untuk tawaf sunat. Lepas tu cari tempat yang terbaik untuk solat maghrib. Caranya buat tawaf saja2 sambil cari tempat solat. Kebiasannya kami seboleh-bolehnya akan mencari saf yang paling hadapan.

5.40 ptg - Masuk waktu solat maghrib. Sebelum azan ada peluang untuk cium Hajar Aswad dengan beratur tetapi dilepaskan. Takut tempat yang dah booking lama diambil orang. Buat pertama kalinya saya dapat Solat Maghrib di Saf yang Pertama di hadapan Kaabah. Alhamdulillah hajat saya dah tercapai. Lepas solat, Tok Arab sebelah pun tanya yang saya faham "Isyak disini" Saya pun angguk. Tok Arab ni dan kawannya 2 orang pergi ambil kerusi dan letak sebelah saya sebagai penanda yang tempat tu dia punya dan pesan supaya saya pegang kerusi ni dan jangan pergi mana-mana. Ada 2 kerusi yang saya kena jaga. Kerusi yang 1 lagi ada jemaah dari Bangladesh rasanya yang tolong jaga. Atas kerusi tu dia letak sejadah. Polis Arab bila tengok ada kerusi & sejadah tak kata apa padahal orang ramai sedang tawaf dan lalu belakang saya. Sambil menunggu waktu isyak, saya perhatikan gelagat jemaah2 yang cuba untuk mencium Hajar Aswad.

7.10 ptg - Masuk waktu Solat Isyak. Alhamdulillah, Dapat juga Solat Isyak di Saf yang Pertama dihadapan Kaabah.

No comments:

Post a Comment