Tuesday, December 5, 2017

Travelog Umrah Bersama Tabung Haji Travel : Hari Ketujuh

10.12.2015 - Hari Khamis - Hari Ketujuh
Pastikan setiap waktu kena datang awal, sekurang-kurangnya 1 jam sebelum azan, kalau tidak tak dapat masuk dalam kawasan masjid kerana telah ditutup sebab penuh.

3.00 pagi - Bersiap untuk pergi solat subuh.
4.27 pagi - Semasa Azan Fajar, kami telahpun mendapat saf yang ketiga di Dataran Kaabah.
5.27 pagi - Azan Subuh.  Alhamdulillah, urusan saya dipermudahkan pagi ini.
Rezeki pagi  ini dapat solat di Hijir Ismail, melekap di Multazam & cium Hajar Aswad secara berurutan selepas subuh. Keluar dari Masjidil Haram dengan hati yang tersangat lapang & gembira & Allah bagi ujian mudah.

6.45 pagi - Semasa melalui tempat burung merpati di Jalan Ibrahim Khalil, saya ternampak ternampak seorang akak umur dalam 50an sedang bertanya sesuatu pada pasangan muda jemaah dari Malaysia. Dari gerak hati saya rasanya akak ni telah tersesat. Saya pun mendekati akak ni dan bertanya. Betullah telahan saya. Akak ni baru sampai, terus buat umrah yang pertama dengan group & terpisah dengan suami, anak & card hotel semua tak ada. No tel di Tag Pengenalan diri call tapi tak angkat. Nama hotel pun tak ingat. Nama jalan pun tak tahu. Saya cakap kat akak ni " Tak pe akak, saya akan tolong akak, sampai jumpa hotel akak" "Hari ni jam 7.30 pagi saya ada lawatan & terus buat Umrah" Kalau saya lambat & kena tinggal, tak pe, nanti saya boleh pergi sendiri" (mood saya tersangatlah baik pagi ni... )

Akak ni bernasib baik, sebelum keluar bersama kumpulannya di hadapan lobby hotel untuk menunaikan umrah, akak ni telah mengambil sekeping gambar kearah menara jam. Saja saja ambil. Dari pemerhatian saya kepada gambar yang ditunjukkan menampakkan Menara Jam terletak disebelah kanan manakala bangunan hotel tinggi yang dalam pembinaan di sebelah kiri. Saya mengagak akak ni hotelny di sebelah Ajiyad.

Saya pun ajak akak ni berjalan semula ke arah dataran Masjidil Haram yang jaraknya lebih kurang 500m sambil bertanya-tanya persekitaran yang dia lihat tadi semasa datang. Semasa melalui dataran, ada jugak tengok kalau-kalau ada jemaah yang memakai tag & beg sandang yang serupa dengan akak ni. Selepas itu kami menghala ke arah jalan King Abdul Aziz/ Ajyad. Safwa Hotel duduk di sebelah kanan dan menyusuri jalan Ajiyad. Akak ni tak ingat lagi arah hotelnya. Ceritanya, masa datang tadi lalu construction area dan ada pagar-pagar besi. Bila dah agak dekat dengan Rayanna hotel, akak ini pun cakap rasanya dia duduk disini. Saya tak sedap hati kalau salah lagi nanti siapa pulak nak tolong. Saya pun hantar sampai seberang jalan depan Hotel Rayanna sebab akak ni dah pasti disinilah hotelnya dia duduk. Alhamdulillah senang hati saya. Dalam hati saya "Kalau kita tolong orang, Insyallah Allah permudahkan urusan kita". Rasa terkilan sebab saya terlupa nak tanya nama akak ni. Yang saya tahu akak ni dari Taiping - Semoga akak sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan.

Saya balik semula dengan melalui Jalan Ajiyad masuk ke Dataran Masjidil Haram dan keluar semual ke arah Jalan Ibrahim Khalil.
Jam 7.50 saya sampai dihotel. Semua orang dah siap nak pergi lawatan. Sempat singgah di cafeteria sekejap menjamah nasi goreng, terus naik bilik untuk mandi sunat ihram, Pakai ihram & terus naik bas.

8.00 pagi - Bertolak ke Hudaibiyah untuk Umrah yang ketiga.
Lawatan ke Ladang Unta


Boleh minum susu unta. Sebotol SR5.00.
Air kencing unta pun ada. Sebotol SR30.00.

No comments:

Post a Comment