Tuesday, December 5, 2017

Travelog Umrah Bersama Tabung Haji Travel : Hari Kesepuluh

13.12.2015 - Hari Ahad - Hari Kesepuluh(Hari terakhir kami di sini - uhhh sedihnya)
7.30 pagi - Pergi ke Masjidil Haram untuk Tawaf Wada. Sebelum masuk ke masjid Semasa di dataran sempat perhatikan beberapa perkara yang orang selalu buat. Ada yang datang ambil air & terus masuk masjid.
Persoalannya... Adakah air ZamZam yang anda minum ?

Gambar Sebelah Atas tertulis "Drinking Water"                                  
Gambar sebelah Bawah tertullis "Zamzam for Drinking Only"

 Yang kat dalam Masjidil Haram memang dah tertulis ZamZam.

10.30 pagi - Bertolak dari hotel Reyadah Hijrah menuju ke Corniche Commercial Center, Jeddah untuk shopping. Masa yang  diperuntukkan adalah selama 2 jam. Sepatutnya bas bertolak jam 9.00 pagi tetapi telah terlewat selama 1 1/2 jam. Bas dah ada, Cuma ada Jemaah yang lambat. Kumpulan kami bergerak dengan 2 bas seramai 89 orang. Balik tinggal 85 orang sahaja sebab 4 orang terpaksa oveystay kerana ayahnya dimasukkan kehospital. Bila dah ramai-ramai ni, kalau seorang je lambat, maka semua orang akan lambat.  Maka ANDA kena pastikan diri sendiri supaya jangan jadi orang yang terakhir.

Dalam perjalanan, sesat la pulak di town Jeddah untuk mencari AlBalad shopping center ni.  Akhirnya kami dijemput oleh Petugas Tabung Haji Jeddah setelah diberitahu lokasi kami berada. Masa menunggu digunakkan untuk pergi ke tandas di masjid yang berdekatan dan ada yang sempat bersolat Zohor. Oleh  kerana dah terlewat maka rancangan untuk shopping dibatalkan dan kami terus dibawa ke Hotel Grand Saha.

1.30 ptg sampai ke Hotel Grand Saha untuk makan tengah hari nasi laham  & solat Jamak Zohor & Asar.

3.20 ptg - Bergerak dari Hotel Grand Saha menuju ke airport jeddah, Dekat je tapi jalan jem sbb time orang balik kerja.

 4.20 ptg - Sampai ke Jeddah International Airport bukannya Terminal Haji sepertimana kita sampai haritu.
6.00 ptg - Start check in bagasi dibantu 2 orang kakitangan Tabung Haji Travel

No comments:

Post a Comment