Tuesday, December 5, 2017

Travelog Umrah Bersama Tabung Haji Travel : Hari Kelima

08.12.2015 - Hari Selasa - Hari Kelima
12.30 pagi - Berkumpul di Lobby hotel untuk melaksanakan MISI UTAMA kami iaitu Ibadah Umrah yang PERTAMA.
Berjalan kaki beramai-ramai menuju Masjidil Haram sambil bertalbiah.

1. Labbaik Allahumma Labbaik - Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah.
2. Labbaika la syarika laka labbaik 
- Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu.
3. Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika lak 
- Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu.

Masa bergerak dari hotel, saya ambil beberapa keping gambar dari depan hotel kearah Masjidil Haram. Separuh perjalanan saya ambil lagi beberapa keping gambar bangunan-bangunan berdekatan lokasi hotel untuk menjadi petunjuk arah bila balik nanti.

Gambar yang diambil sambil berjalan dari depan hotel => Gambar kanan Petunjuk bangunan untuk balik ke hotel.


DOA KETIKA MASUK MASJIDIL HARAM
12.45am - Bacaan Doa ketika Masuk Masjidil Haram oleh Mutawwif sebelum Memasuki Masjidil Haram melalui PINTU 76 - Babul King Fahd. Berdebar-debar sebab masa ni belum nampak Kaabah lagi sepenuhnya lagi. Ya Allah, Permudahkan urusan aku sepanjang berada disini Ya Allah. Kemudian kami masukkan kasut kedalam beg kasut yang dibawa dan simpan di rak kasut yang disediakan dan INGAT no rak kasut.

Aturan setiap langkah kaki yang seterusnya dengan penuh berhati-hati. Di sebalik tiang-tiang masjid dan sedikit terlindung struktur tawaf bertingkat, telah menampakan sebahagian struktur binaan Kaabah yang tersergam memukau. Alhamdulillah, Ya Allah, dapat lagi aku melihat struktur binaan Kaabah yang menjadi Kiblatku selama ini. Ya Allah, gembiranya aku, sayu, hiba,  tanpa dipaksa, air mataku menitik tanpa disedari. Syukur Alhamdulillah. Aku masih diterima menjadi Tetamu Mu disini.

DOA APABILA MELIHAT KAABAH(BAITULLAH)
Apabila melihat Kaabah(Baitullah) lafaz :
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, - Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar

DOA KETIKA MELIHAT KAABAH
Kami menuruni tangga bahagian dalam sebelum masuk ke Dataran Kaabah. 
Doa ketika Melihat Kaabah dibaca beramai-ramai apabila nampak Kaabah diketuai oleh mutawif sebelum memulakan tawaf.
Sebahagian Maksudnya ;
Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Tidak ada Tuhan melainkan Allah,
Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung .
Tidak ada Tuhan yang disembah  dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Maha Esa, 
Tidak ada sekutu bagiNya, Tuhan yang memerintah segala sesuatu, bagiNya segala pujian dan 
Dialah Tuhan yang berkuasa ke atas tiap-tiap suatu, 
ku mohon berlindung dengan Tuhan yang empunya rumah ini (Kaabah) daripada kekufuran, 
kemiskinan, azab kubur, sempit fikiran, rahmat Allah dan sejahteranya mencucuri ke atas 
Saidina Muhammad S.A.W, keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah tambahkanlah Baitullah ini dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan, kebaikan, dan 
tambahkanlah kurniaMu kepada sesiapa juga yang memuliakannya (Baitullah) dan 
membesarkannya dari kalangan yang mengerjakan haji dan umrah dengan kemuliaan, kebesaran dan kebajikan.

DOA SEMASA MENUJU KE HAJAR ASWAD
Doa Semasa Menuju ke Hajar Aswad
Berdoa seterusnya apabila menuju ke Hajar Aswad - sebelum tempat permulaan Tawaf.
"Ya Allah, Kerana keimannan kepadaMu membenarkan KitabMu,
Menunaikan JanjiMu dan menurut sunat NabiMu ku melaksanakan amalan ini"

NIAT TAWAF UMRAH
Niat Tawaf Umrah beramai ramai sebelum melepasi dari LAMPU HIJAU yang bersetentangan dengan Hajar Aswad.
Sebelum tawaf dimulakan eloklah berdiri mengadap Baitullah di antara rukun Yamani dan Hajarul Aswad di tempat yang lebih hampir dengan penjuru Hajarul aswad dan sunat berniat :
"Sahaja aku Tawaf Baitullah tujuh keliling tawaf Umrah maka senangkanlah bagiku dan terimalah daripadaku kerana Allah Ta'ala "

"Bismillah Allahu Akbar Walillahil Hamd"
*istilam / isyarat dengat mangangkat tangan menghadap hajar aswad dan mengucup tangan kanan

1.00 pagi - Mula Bertawaf untuk Pusingan Pertama. cuaca agak sejuk
Mulakan Berdoa (kita tahu apa yang kita minta) & Bukan Membaca Doa(setakat baca & tak faham makna)

Setelah sampai di rukun Yamani disunatkan Isti'lam, jika tidak, bolehlah berisyarat dengan melambai-lambai dan membaca 
"Bismillah Allahu Akbar Walillahil Hamd", dan sunat mengucup tangan, seterusnya membaca :
Bacaan untuk tawaf - sila rujuk buku panduan umrah

DOA DI ANTARA DUA RUKUN (SUDUT KAABAH) setiap kali.
Maksudnya :
Wahai Tuhan kami berilah kami di dunia ini kebaikan, di akhirat juga kebaikan, peliharalah kami dari azab neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang-orang yang berbakti (dan taat mengerjakan kebajikan), wahai Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan seru sekalian alam.

Doa ini sunat dibaca tiap-tiap kali pusingan di antara rukun Yamani dan rukun Hajarul Aswad.

Dirukun Hajarul Aswad
"Bismillah Allahu Akbar Walillahil Hamd"
*istilam / isyarat dengat mangangkat tangan menghadap hajar aswad dan mengucup tangan kanan

Mula Bertawaf untuk Kedua dan seterusnya.
Setelah selesai tawaf 7 pusingan, kami semua pun Solat Sunat Tawaf di belakang Maqam Ibrahim +++ "Sujud Syukur" kerana dijemput menjadi Tetamu di hadapan KaabahMu Ya Allah.

Kita dijemput sebagai tetamu Allah ni bukan kerana banyak duit tapi kerana Allah dah terima kita menjadi tetamuNya.
Kalau banyak duit pun tapi Allah masih tak menjemput kita, tak mungkin kita akan sampai ke sini. 

DOA SOLAT SUNAT TAWAF
Sebahagian Maksudnya sila rujuk buku panduan umrah

DOA DI MAQAM IBRAHIM A.S
Maksudnya :
Ya Allah ya Tuhan, sesungguhnya Engkau mengetahui segala rahsiaku, dan perbuatanku yang terang maka terimalah keuzuranku dan Engkau mengetahui hajatku maka kurniakanlah permintaanku. Engkau mengetahui segala yang ada di dalam jiwaku maka ampunilah dosaku.

Ya Allah ya Tuhan, sesungguhnya daku meminta kepadaMu iman yang teguh di hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga daku mengetahui bahawa tidak akan menimpa sesuatu kepadaku melainkan apa yang Engkau telah tetapkan dan daku pohon keredhaan dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah yang menolongku di dunia dan di akhirat, maka matikanlah daku di dalam Islam dan sertakanlah diriku bersama orang-orang yang salih.

Ya Allah ya Tuhan, janganlah Engkau tinggalkan kami di tempat yang mulia ini dosa, melainkan Engkau ampunkan. Janganlah Engkau biarkan kesedihan hati dikalangan kami melainkan Engkau menghilangkannya dan tidak ada sesuatu hajat yang diminta melainkan Engkau kurniakan dan mudahkanlah segala urusan kami dan lapangkanlah dada kami. Terangkanlah hati kami dan sudahilah amalan-amalan kami dengan kebaikan,

Ya Allah ya Tuhan, matikanlah kami dalam Islam, hidupkanlah kami dalam Islam dan sertakanlah kami bersama-sama orang yang salih dengan tiada mendapat kehinaan dan bala bencana.

Sebelum Saie Disunatkan minum dulu Air Zam-Zam terlebih.

DOA KETIKA MINUM AIR ZAMZAM
Minum air Zam-Zam sambil berdoa -


01.40am - Memulakan perjalanan ke tempat Saie.

DOA SAIE apabila naik tangga Bukit Safa maka sebutlah :
Bacaan untuk Saie - sila rujuk buku panduan umrah

02.30am - Selesai melakukan Saie & Bertahlul. 

DOA SETELAH SELESAI SA’IE
 Maksudnya ;
Ya Tuhan, kami memohon diterima doa kami, afiatkanlah dan ampunilah kami. Berilah pertolongan kepada kami untuk taat dan bersyukur kepadaMu. Janganlah membiarkan kami bergantung .kepada yang lain selain dariMu. Matikanlah kami didalam iman dan Islam yang sempurna, sedang Engkau redha kepada kami.

Ya Allah ya Tuhan, peliharalah diriku dengan meninggalkan segala kejahatan selama hidupku dan peliharalah daku supaya tidak membuat perkara yang tidak memberi guna dan kurniakanlah kepadaku elok pandangan pada perkara-perkara yang membawa keredhaanMu wahai Tuhan yang bersifat amat belas kasihan.

DOA BERCUKUR (Sambil memegang rambut di kepala) :
Maksudnya :
Ya Allah Ya Tuhan, inilah ubun-ubunku maka jadikanlah tiap-tiap sehelai rambut itu cahaya bagiku dihari kiamat dan ampunkanlah dosaku, wahai Tuhan yang amat luas pengampunan amin. Segala puji-pujian tertentu bagi Allah yang telah menyempurnakan ibadat-ibadatku, kurniakanlah satu kebajikan dengan tiap-tiap sehelai rambutku. Hapuskanlah dengannya  satu kejahatan, angkatkanlah daku dengannya darjat, ampunilah daku serta orang yang bercukur, bergunting dan sekalian orang-orang lslam.

Ya Allah Ya Tuhanku, tambahkanlah keimanan, keyakinan, berilah taufik dan pertolongan kepadaku dan ampunilah kami serta ibu bapa kami, isteri dan anak-anak kami, selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w, keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian, Amin.

Kami beberapa orang mangambil keputusan untuk menunggu sehingga waktu subuh sambil meninjau-ninjau persekitaran dalaman MasjIdil Haram sebagai langkah untuk membiasakan diri. Al maklumlah baru 2-3 jam berada disini.

04.26 pagi - Azan Fajar (azan yang bertujuan untuk mengejutkan penduduk Makkah supaya bangun akhir malam untuk beribadah. Kat Malaysia x de Azan ni)
05.26 pagi - Azan Subuh. Orang ramai telah mulai memenuhi segenap penjuru untuk solat sunat subuh.
Sejuk sungguh sebab kami memakai ihram sahaja.
05.40 pagi - Solat Subuh berjamaah dan di ikuti dengan Solat Jenazah. Ramainya orang Solat Jenazah. Kalau kat kampung tempat kita, time solat jenazah ni ada yang duduk bawah pokok, tepi-tepi rumah, atas motosikal sambil-sambil hisap rokok dan macam macam lagi. kat sini semuanya bersolat kecuali orang yang berebut nak mencium Hajar Aswad.

Janji dengan rakan-rakan selepas solat JUMPA (pastikan tidak mengunggkapkan perkataan tunggu) di tempat letak kasut.  

06.00 pagi - Melengkapkan tahalul dengan membotakkan kepala = SR10.00
06.20 pagi - Balik hotel untuk sarapan. 
07.00 pagi - Balik bilik hotel untuk jamak tidur. Seharian x tidur. Pastikan anda tahu Waktu Solat sebelum tidur.
8.30 pagi - Ceramah Penilaian Ibadah Umrah. Mutawif Inform Hari ni Acara Bebas.

10.30 pagi - Pergi ke Masjidil Haram untuk solat zohor. Jalan kaki sambil tu jeling2 kat kedai kedai tepi jalan.  Hari ini stay dari zohor sampai asar.
3.18 ptg - Masuk waktu Asar. Lepas Asar pun rasa malas nak balik . Keluar sebentar beli kebab SR2.00 air teh susu SR2.00 dan masuk semula ke dalam masjid.
4.30 ptg - Meninjau-ninjau di Dataran Kaabah untuk mencari tempat solat yang terbaik. Cara nak dapat saf solat di Dataran Kaabah - buat tawaf saja2 sambil cari tempat solat. Alhamdulilah dapat saf kedua dihadapan pintu masuk ke Hijir Ismail.
5.39 ptg - Masuk waktu maghrib. Lepas solat jenazah dapat masuk Hijir Ismail. Selepas itu pergi area Multazam dan berdoa supaya dapat cium Hajar Aswad. Doa inilah yang selalu saya baca berulang-ulang supaya urusan saya dipermudahkan.

 Alhamdulilah, dapat cium Hajar Aswad buat kali yang pertama.(tekniknya saya ada ceritakan dibawa.) Hati begitu gembira. Allah bagi ujian mudah samada sanggup buat atau tidak. Selepas cium Hajar Aswad saya agak kehausan lalu keluar ketepi Dataran Kaabah untuk minum air zam-zam.

Masa minum, saya terpandang satu pakcik yang gayanya orang dari Malaysia bertanya pada Polis Arab. Ayam & itik berbicara. Saya panggil pakcik ni dekat dengan tiang tempat kami minum air zamzam & tanya kenapa ? Ceritanya, baru sampai dari Sabah bersama dengan 20 orang dalam 1 group. Lepas Saie waktu asar telah terpisah dengan groupnya. Card hotel tak  ada. Tag Nama  ada no untuk di hubungi, Call-call tak angkat, msg tak reply. Pakcik Linaun ni dari Keningau, mulanya agak sukar berbicara kerana bahasanya juga agak berbeza sikit dengan kitaorang semenanjung. Setelah lama bersembang, saya ajak beliau untuk ke Dataran Kaabah untuk mencari tempat untuk solat Isya. 

7.09 mlm - Dah masuk waktu isyak. Selepas solat jenazah, saya bawa pakcik ni ke Dataran Masjidil Haram untuk mencari-cari groupnya tapi tak jumpa. Nak hantar ke hotel, tak tahu kat mana. Kebiasannya jemaah dari Malaysia akan duduk hotel area Jalan King Abdul Aziz, Jalan Ajiyad atau Jalan Ibrahim Khalil. Dah ronda entrance ketiga-tiga jalan ni masih tak jumpa.

Akhirnya msg saya dibalas dari Madinah oleh petugas yang no HPnya tertera dalam tag nama. Jumpa pak cik ni lepas maghrib dalam pukul 6.10 ptg. Pukul 11 malam baru jumpa mutawwif yang bawak group pak cik ni. Masa ni dah rasa lapar yang amat sangat sbb tengahari tak makan, petang makan kebab 2.00 riyal je ditambah dengan cuaca sejuk lagi. Nasib baik dah pesan rakan sebilik untuk amikkan nasi kat cafeteria. Semuga pakcik Linaun sihat selalu.

No comments:

Post a Comment