Tuesday, December 5, 2017

Travelog Umrah Bersama Tabung Haji Travel : Hari Kesebelas

14.12.2015 - Hari Isnin - Hari Kesebelas
Diharuskan Solat subuh hormat waktu tapi mesti diulang kembali solat subuh tersebut setelah sampai ke destinasi. Syukur sebab ada seorang jemaah yang lalu disetiap kerusi untuk kejutkan jemaah yang tertidur untuk solat. Waktu solat subuh masuk mulai dari terbit fajar(terang) hingga selama matahari belum terbit(silau).

Solat Subuh ialah ketika terbitnya fajar sadiq, iaitu dari munculnya warna putih yang merata (horizontal) di ufuk (horizon), dan waktu yang dibolehkan untuk melakukan solat ini terus berlangsung hingga nampak timbulnya bulatan terawal matahari.
 

12.30 tengahari  - Kami selamat mendarat di KLIA.
Setibanya di KLIA, selepas melalui pemeriksaan Imigresen, 2 orang petugas Tabung Haji Travel telah sedia untuk membantu kami mencari beg2 bagasi. Mana-mana beg yang ada tag Tabung Haji Travel akan diambil dan disusun di satu tempat. Jemaah hanya perlu cari disitu sahaja. Mana-mana jemaah yang bawa kotak extra dan tiada tag Tabung Haji Travel, kena cari sendiri la ya. Selepas semua beg diasingkan, 2 orang petugas ini pergi ke satu lagi conveyor yang terletak di hujung bangunan untuk pemilihan air zam-zam. Ini kerana air zam-zam telah bercampur-campur dengan jemaah dari syarikat lain. 2 orang petugas ni mengambil air zam-zam yang ada tulisan THTS dan diletakkan diatas troli. Kita jemaah hanya perlu ambil dari atas troli sahaja dan bergerak ke Kaunter Kastam. Alhamdulillah, ada kemudaah untuk jemaah umrah. Terdapat signboard dan arrow ke kiri menyatakan jemaah  tidak perlu melalui pemeriksaan kastam dan terus bergerak keluar.


Sebelum keluar, kami pun bersalam-salam dengan jemaah Umrah MH150 Siri 17 sebagai tanda salam perpisahan. Ini kerana lebih separuh dari group kami akan meneruskan penerbangan ke Senai Johor yang dijadualkan pukul 3 petang. (selepas balik dari umrah ni, ada seorang sahabat telah mengwujudkan Satu WhatApps Group "Geng Umrah THTS 17/2015" Kami selalu saling berhubungan disini.

No comments:

Post a Comment