Tuesday, December 5, 2017

Travelog Umrah Bersama Tabung Haji Travel : Hari Pertama


Travel log ini menceritakan pengalaman yang kami lalui ketika pergi menunaikan Umrah pada 4-14 Disember 2015 bersama Tabung Haji Travel. Penerbangan MH150 Siri 17. Ianya mungkin lebih releven bagi mereka yang baru pertama kali hendak menunaikan umrah serta memahami perjalanan yang kami lalui semasa melakukan umrah tempoh hari.

Tidak terlintas niat dihati untuk riak. Yang baik boleh dijadikan panduan, yang tak baik lupakan sahaja. Jika terdapat sebarang kesilapan Maklumat/Fakta, sila email ke admin@e-kedai.com.my untuk pembetulan.

Ya Allah, Perbanyakanlah Rezeki yang Halal lagi Berkat supaya aku selalu boleh mengunjungi RumahMu ini ~ Aamiin.

Permulaan urusan umrah kami ini bermula dengan pendaftaran. Setiap jemaah dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM1000.00. Selepas itu kami mendapat surat pengesahan pendaftaran (base in surat ni dah boleh apply cuti). Bayaran penuh perlu dibuat oleh setiap jemaah 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Sekarang dah senang. Bayaran dibuat terus secara online atau dimana mana kaunter bank terus ke AKAUN  Tabung Haji Travel. Sila email resit transaction untuk tujuan pengesahan penerimaan. Kenapa online ? Kebelakangan ini diluar sana kerap kedengaran berlakunya penipuan oleh agensi2 yg melibatkan urusan umrah oleh orang2 yang tidak bertanggung jawab dan yang tidak berdaftar)






2 minggu sebelum penerbangan kami diberikan set beg yang mengandungi beg silang, beg sandang & beg beroda serta kain Ihram/telekung. Manakala kursus umrah boleh di jalani dimana mana tempat yang ditetapkan seluruh Malaysia.



04.12.2015 - Hari Jumaat - Hari Pertama
Terimakasih kepada keluarga yang menghantar ke KLIA, juga untuk Mak, Abah, Abang, Adik yang datang dari Muar Johor, Tidak ketinggalan juga kepada Hj Jamil (Pengerusi surau) Hj Khamil (Bendahari) Nasir, Tauffick dan Man, Dali, Abg Ipin, Airil, serta sekelian keluarga, Ramai sungguh.


Sebelum perjalanan musafir disunatkan Mandi Sunat Musafir dan Solat Sunat Musafir 2 rakaat serta membaca Doa Musafir. Perjalanan bermula jam 10.30 pagi dengan berkumpul di Rumah Mutawwif kami iaitu Ustaz Ahmad Nazri dengan Laungan Azan oleh En Isa dan iringan doa yang dibacakan Imam Ashraf selaku Imam Surau AlAnsar.

Kami tiba di KLIA sekitar  jam 11.30 pagi. Setibanya di KLIA, kami terus berkumpul di kaunter Tabung Haji Travel di Lot MTDBDL-01, ARAS 5 LANTAI PELEPASAN untuk mendaftar kehadiran.



Keadaan agak lengang kerana difahamkan hanya seramai 89 jemaah Tabung Haji Travel untuk siri yang ke 17 ini (Baru seminggu musim umrah dibuka sudah penerbangan yang ke 17). Ramai jemaah siri 16 teleh berlepas pagi tadi, Selepas mendaftar kedatangan, kami diberikan tag penanda untuk di pasang di beg bagasi masing-masing. Seterusnya kami semua diberikan tag nama, pasport & tiket penerbangan. Seterusnya kami diarahkan untuk menghantar bagasi ke kaunter check in dengan dibantu 2 orang petugas dari Tabung Haji Travel. Kami dimaklumkan penerbangan MH150 berlaku kelewatan. Penerbangan asal kami sepatutnya jam 3.00 petang tetapi telah ditunda ke Jam 4.40 petang. Masa yang terluang digunakan sepenuhnya untuk beramah mesra dengan ahli keluarga yang hadir. Masuk waktu zohor jam 1.06 pm, kami semua bergegas ke Surau di menara tinju untuk melakukuan solat Jamak/Qasar Zohor & Asar secara berjemaah. Yang lain pergi ke Masjid KLIA utk Solat Jumaat.

2.30 ptg - Diadakan taklimat kepada semua para jemaah serta Bacaan Doa menandakan kami akan berlepas sebentar lagi.
3.00 ptg - Kami semua diarahkan untuk bergerak ke balai pelepasan antarabangsa. Suasana sayu, pilu bercampur gembira menyelubungi kami, Salam serta peluk cium untuk keluarga yang ditinggalkan.

Seterusnya kami menuruni escalator untuk ke check in di eGATE. Dengan rasa sedih dan sayu kami sempat melambai pada ahli keluarga yang ditinggalkan sehingga hilang dari pandangan mata. Selepas melalui pemeriksaan kastam serta imigresen, kami menaiki Aerotrain yang membawa kami ke Staelite Building Terminal Antarabangsa KLIA.



4.40 ptg - Kami mula bergerak untuk menaiki kapalterbang Malaysia Airlines melalui pintu C26.
Selepas semua dah duduk, kami mula bertukar tukar tempat duduk untuk memastikan jemaah wanita duduk disebelah mahramnya untuk memberi keselesaan sepanjangan penerbangan selama 9 jam ini.
5.05 ptg- Kapalterbang MH150 mula bergerak ke landasan dan berlepas.
Penerbangan dalam kelajuan 700++ km/h dengan suhu -59 darjah celcius dan angin luar yang agak kuat 135km/h.



04.12.2015 - Hari Jumaat - Hari Pertama
Masih ada lagi sedikit bulatan matahari

Matahari telah tenggelam sepenuhnya

9.15 mlm - Selamat mendarat jam 2.30 pagi waktu Malaysia di Terminal Haji Setelah melalui penerbangan sekitar 9 jam.
9.20 mlm - Kami dibawa dengan bas lantai rendah dari kapal terbang ke Bangunan Terminal Haji.
9.30 mlm - Berkumpul Bangunan Terminal Haji untuk memastikan semua ahli jemaah MH 150 Siri 17 telah mencukupi besama 2 orang mutawwif yang dilantik oleh pihak Tabung Haji Travel. Perbincangan telah dibuat dimana seorang mutawwif akan melepasi kaunter imigresen yang paling awal dan seorang lagi mutawwif akan keluar yang paling akhir untuk memberikan bantuan sekiranya terdapat sebarang masalah kepada jemmah dalam kumpulan kami.

Masa ni ramai pekerja2 cleaner airport dari Bangladesh dengan uniform Bin Laden Group datang dan offer kita Sim Card phone. Kita boleh beli di sini. Tapi kena berhati2, kadang diaorg ni jual mahal sikit. Harga untuk Sim Card adalah SR50.00 dan kita akan dapat top up bernilai SR50.00 dalam Sim Card. Masukkan terus dalam phone & check baki. Pakai Mobily ala-ala celcom di Malaysia.

9.45 mlm - Kumpulan kami semua dipanggil untuk melalui pemeriksaan Imigresen Arab Saudi. Pemeriksaan setiap seorang mengambil masa yang agak lama. Gambar anda diambil disini, Cap 10 jari juga diambil disini. Disini bermulanya ujian buat para jemaah umrah. Sabar, Sabar, Sabar. Kami tiba sekitar  jam 9.30 malam waktu Arab Saudi (selepas ini saya menggunakan waktu Arab Saudi yang berbeza 5 jam dengan waktu kita di Malaysia)

Saya antara orang yang terawal bersama Mutawwif Ustaz Ahmad Nazri melepasi pemeriksaan Imigresen. Selepas itu kami semua mengambil bagasi dan melalui pemeriksaan Kastam pula.

10.00 mlm - Sebaik sahaja melepasi pemeriksaan kastam, Petugas Tabung Haji Travel telah sedia menunggu kami & mengarahkan semua beg2 kami dikumpukan disatu tempat dan kami diberikan makan Nasi Arab berlaukan ayam, pisang & air.



Para jemaah yang sudah melepasi pemeriksaan kastan boleh menunikan solat Jamak/Qasar maghrib & isyak dimusolla Terminal Haji. Cuaca agak sejuk ketika ini. Saya telah bersedia dengan Jadual waktu solat sepanjang waktu di Makkah & Madinah dan juga ramalan keadaan cuaca sehari sebelum kami bertolak.



1.00 pagi - Jemaah terakhir Tabung Haji Travel berjaya melepasi pemeriksaan Imigresen & Kastam Arab Saudi. Kira ok la dalam masa 3 jam semua dah selesai. Difahamkan ada group yang sebelum ini sangkut di airport sehingga 6 jam lebih. Kami yang mana dah lepas awal tak la bosan sangat sebab makan minum semua dah ada.

No comments:

Post a Comment